Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chun Sing: Pilih parti yang layak dipercayai

Sep 03, 2015 | 02:01 PM



CALON Parti Tindakan Rakyat (PAP0 bagi GRC Tanjong Pagar GRC dan SMC Radin Mas SMC meletakkan tumpuan pada kepercayaan antara pemerintah dan rakyat Singapura, mengatakan ia penting bagi kejayaan 50 tahun pertama dan akan kekal demikian pada masa akan datang.


Mereka diketuai Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Encik Chan Chun Sing, yang mengatakan pada Hari Mengundi, pengundi perlu tanya pada diri sendiri satu soalan sahaja: parti mana yang layak mendapat kepercayaan mereka.


Berucap pada rapat pertama PAP di Padang Hoki Delta di Tiong Bahru malam semalam (2 Sep), Encik Chan mengingatkan pengundi supaya berhati-hati terhadap anggota parti pembangkang yang seolah-olah lebih berminat masuk ke Parlimen untuk membuat ucapan besar daripada membantu penduduk.


Pasukan beliau ditentang pasukan Parti Warga Diutamakan (SingFirst) pimpinan Encik Tan Jee Say.


PAP, kata Encik Chan, menjaga rakyat, lantas Anggota Parlimen (AP) parti itu tahu apa yang hendak dikatakan di Parlimen.


Menyatakan kepercayaan dibina selama bertahun-tahun, beliau berkata mengenai pembangkang: "Jika anda muncul setiap empat tahun selama seminggu sahaja, 10 hari, anda fikir anda tahu penduduk kami, anda fikir penduduk kami akan mempercayai anda? Saya akan mengatakan tidak."


Beliau juga mencabar beberapa platform SingFirst, termasuk elaun bulanan $300 untuk kanak-kanak dan warga tua, mengurangkan jumlah yang salur ke dalam rizab dan lebih banyak sekatan bagi pekerja asing.


"Sesetengah mereka menjanjikan kamu $300 setiap bulan," katanya. "Saya berkata, jangan menghina penduduk saya. Anda fikir... mereka berada di sini untuk disogok?"


Mengenai rizab, beliau berkata menambahnya ialah satu "tanggungjawab", langkah jangka panjang kerana jumlah lebih besar wang yang pemerintah terpaksa belanjakan untuk memenuhi keperluan penduduk yang semakin tua.


Mengenai kritikan SingFirst terhadap dasar pemerintah mengenai imigresen dan warga asing, Encik Chan berkata cara betul membantu golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) bukan dengan "menutup negara kita" kerana pada jangka panjang ini akan menyebabkan pekerjaan meninggalkan Singapura.


Cara betul ialah dengan membantu pekerja-pekerja itu agar berdaya saing, dan ini sedang dilakukan gerakan buruh, kata Encik Chan, yang juga ketua Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).


Rakan sepasukan beliau di Tanjong Pagar, Cik Indranee Rajah pula menyangkal dakwaan SingFirst bahawa pemerintah lebih memihak pada warga asing.


"Jika sesiapa memberitahu anda bahawa rakyat Singapura tidak diutamakan, ia tidak benar," katanya. Bagi PAP, "rakyat Singapura di depan dan diutamakan dalam setiap perkara yang kita lakukan", tambah beliau.


Calon PAP bagi SMC Radin Mas, Encik Sam Tan, berkata kejayaan luar biasa Singapura dibina atas tahap kepercayaan tinggi antara rakyat dan pemerintah.


"Bagi 50 tahun akan datang, jika Singapura mahu kekal sebagai negara luar biasa, pemimpin generasi baru dan rakyat generasi baru mesti menjalin kepercayaan lebih tahan lama."


Muka baru PAP, Encik Melvin Yong, berkata parti itu "membuat janji, menepati janji dan menyampaikan janji".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >