Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chun Sing: Penjawat awam harus galas tugas dengan yakin, berwibawa

BERITA
Jul 05, 2023 | 08:28 PM



Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam merangkap Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing menggesa agar pegawai perkhidmatan awam Singapura melaksanakan tugas mereka dengan penuh yakin dan berwibawa meskipun mereka menghadapi banyak tekanan daripada pemantauan masyarakat awam.

Sebagai respons terhadap beberapa perkembangan tertentu baru-baru ini, Encik Chan berkata mungkin terdapat sebilangan kakitangan awam yang tidak tahu bagaimana untuk menangani pemantauan teliti ini.

Beliau memberi jaminan bahawa penjawat awam Singapura akan terus menerima sokongannya jika mereka melaksanakan tugas dengan penuh keyakinan.

“Anda usah takut. Saya pasti akan menyokong anda,” kata Encik Chan sambil menambah bahawa perkhidmatan awam tidak dapat berfungsi dengan berkesan jika ia terus berasa takut pada tanggapan orang awam.

Encik Chan menyatakan demikian dalam satu acara pelancaran Minggu Perkhidmatan Awam (PSW) 2023 di One Punggol pada Rabu.

Menurut laman Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD), Perkhidmatan Awam Singapura menggajikan lebih 150,000 kakitangan awam yang bertugas dalam 16 kementerian dan 50 lembaga berkanun.

Satu gerakan baru dipanggil ‘Perkhidmatan Awam demi Kebaikan’ juga diumumkan semasa acara itu.

Ia menggesa para kakitangan awam untuk melibatkan diri dalam pelbagai cara dan kaedah baru untuk memberi manfaat kepada masyarakat Singapura, melebihi pekerjaan tradisional dan batasan agensi masing-masing.

Encik Chan berkata beliau akur terhadap usaha ramai kakitangan awam yang ingin memanfaatkan keupayaan dan rangkaian masing-masing.

Mereka mahu melakukan lebih banyak usaha supaya dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang, melangkaui perkhidmatan awam.

“Itu menunjukkan semangat kemasyarakatan yang ada dalam perkhidmatan awam kita. Sebab itu pada tahun ini, pada hari ini, kami akan melancarkan pergerakan ‘Perkhidmatan Awam demi Kebaikan’, tambahnya.

Dengan pergerakan baru ini, Encik Chan berkata kakitangan awam di sini akan diberi masa 40 jam setiap tahun untuk dimanfaatkan bagi pembangunan diri daripada sudut peribadi dan profesional, seperti membimbing orang lain atau membantu pertubuhan lain.

Encik Chan berharap masa 40 jam itu dapat menyuntik kesegaran dan memberi lebih makna kepada kakitangan selain daripada apa yang mereka lakukan dalam perkhidmatan awam.

Encik Chan turut merujuk kepada pengajaran yang diraih daripada menguruskan pandemik Covid-19 dan bagaimana pelbagai jabatan perkhidmatan awam perlu bekerjasama dalam cara-cara baru untuk menanganinya.

Beliau berkata pelbagai sektor perkhidmatan awam perlu mencipta struktur, proses dan peraturan baru apabila mereka bekerjasama untuk menguruskan pandemik.

“Jadi, lupakan batas-batas yang ada. Kami perlu menciptakan produk baru, proses baru dan peraturan baru untuk mencapai kedua-dua matlamat merebut peluang baru dan menangani cabaran yang ada,” katanya.

Encik Chan melahirkan penghargaannya kepada kakitangan awam atas kerja keras mereka sejak sekian lama sambil menekankan kepentingan operasi di luar jangkaan berdasarkan pengajaran daripada Covid-19.

Beliau berkata sedang operasi di luar jangkaan berskala besar Covid-19 kini sedang dilonggar, beliau berkata pada masa mendatang, dan pada setiap titik masa, perkhidmatan awam Singapura perlu bersedia mengendali tiga jenis operasi secara serentak iaitu; operasi semasa, operasi bagi masa depan dan operasi kontingensi atau di luar jangkaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >