Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku dilarang diedar sebab hina agama, bukan unsur politik

Josephine perjelas tindakan ke atas buku 'Red Lines: Political Cartoons and the Struggle Against Censorship'
Jan 13, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH buku yang dilarang diedarkan di sini baru-baru ini dikenakan tindakan itu disebabkan kandungannya yang menghina agama dan bukan kerana unsur politik, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo.



Buku bertajuk Red Lines: Political Cartoons and the Struggle Against Censorship itu, yang ditulis oleh Dr Cherian George dan Encik Sonny Liew, dilarang diedarkan di sini November lalu, sekitar tiga bulan selepas ia dilancarkan di Amerika Syarikat.



Menjawab pertanyaan Cik Tin Pei Ling (MacPherson) di Parlimen semalam tentang sama ada unsur politik kartun dalam buku tersebut memainkan peranan dalam keputusan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) melarangnya, Cik Teo berkata masalahnya bukan kartun politik itu.



Malah, ada kartun politik sudah diedarkan, ujar beliau.



"Jelas, Red Lines: Political Cartoons and the Struggle Against Censorship tidak dibenarkan (diedarkan di sini) disebabkan kandungannya yang menghina agama," jelas Cik Teo.



Beliau berkata enam penerbitan lain selain buku itu turut dipertikai IMDA sepanjang lima tahun lalu lalu kerana merendahkan pelbagai masyarakat agama.



Kesemuanya tidak mempunyai unsur politik namun mengandungi kandungan yang menghina agama lain atau menyokong ajaran agama yang polemik, yang boleh menyebabkan perasaan benci dalam kalangan masyarakat berlainan agama di Singapura.



Cik Teo berkata buku Red Lines: Political Cartoons and the Struggle Against Censorship dilarang di sini atas sebab sama.



"Langkah mengeluarkan kandungan yang menghina itu tidak bermakna penerbitan itu akan dibenarkan diedarkan secara automatik.



"Versi yang disemak harus dinilai semula secara menyeluruh, namun tiada penerbit tampil melakukan demikian," ujarnya.



Encik Zhulkarnain turut bertanya tentang langkah yang boleh diambil orang ramai untuk melaporkan keprihatinan mereka kepada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sekiranya mereka berasa penerbitan atau imej tertentu boleh menghina golongan tertentu, memandangkan kandungan dalam penerbitan sedemikian boleh diterbitkan semula atau diduplikasi hingga ia tular.



Menjawab pertanyaan tambahannya itu, Cik Teo berkata IMDA mendapatkan pandangan agensi yang relevan sebelum membuat keputusan berhubung kandungan yang boleh menjejas keharmonian agama.



Malah, IMDA turut mendapatkan pandangan Muis dalam membuat keputusan berhubung buku Red Lines: Political Cartoons and the Struggle Against Censorship serta terus mendapatkan pandangan Muis berhubung kandungan lain yang berkaitan dengan Islam.



Buku itu dilancarkan di Amerika pada 31 Ogos lalu sebelum IMDA membuat keputusan berhubung kesesuaiannya bagi pengedaran di sini.



Hingga kini pengedar Singapura buku itu, Alkem Company, serta penulisnya belum mengesahkan rancangan khusus mereka berhubung kandungan bersifat menghina itu.



"Apabila mereka melakukan demikian, mereka boleh menghubungi IMDA untuk menilai kesesuaian versi 'Red Lines' yang telah disemak bagi pengedaran di Singapura," kata Cik Teo.



Bagi memastikan penerbitan bersifat menghina tidak diedarkan di Singapura, IMDA mempunyai pangkalan data mengandungi penerbitan itu, dan pengimport dan pengedar buku boleh merujuk kepadanya.



Jika sabit kesalahan, mereka yang mengimport, menjual, mengedar, menghasilkan atau menerbitkan semula penerbitan bersifat menghina boleh didenda hingga $5,000, dipenjara hingga 12 bulan atau dikenakan kedua-dua hukuman.




"Jelas, Red Lines: Political Cartoons and the Struggle Against Censorship tidak dibenarkan (diedarkan di sini) disebabkan kandungannya yang menghina agama... Langkah mengeluarkan kandungan yang menghina itu tidak bermakna penerbitan itu akan dibenarkan diedarkan secara automatik. Versi yang disemak harus dinilai semula secara menyeluruh, namun tiada penerbit tampil melakukan demikian."
- Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo.




 • Baca kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) berhubung buku ''Red Lines: Political Cartoons and the Struggle Against Censorship'' di BH.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >