Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

'The BM Show' lebih bertenaga bagi edisi khas Ramadan

Musim baru rancangan gaya hidup Berita Minggu mula bersiaran esok
Apr 10, 2021 | 05:30 AM



RANCANGAN gaya hidup mingguan Berita Minggu - The BM Show - kembali dengan lebih bertenaga bagi satu edisi khas Ramadan.



Pada setiap Ahad sepanjang lima minggu mulai esok, The BM Show akan membawa penonton meneroka dan meninjau kegiatan serta semangat ihsan yang ditonjolkan masyarakat Singapura dalam bulan mulia ini.



Siri video itu bertujuan memaparkan semangat masyarakat semasa Ramadan walaupun semasa menghadapi pelbagai cabaran akibat Covid-19 serta persiapan menjelang Syawal.



Antara tema yang akan diketengahkan dalam siri video itu ialah penyesuaian yang perlu dibuat masyarakat pada Ramadan ini, semangat ihsan dan pengorbanan serta warisan yang terus dijaga.



Bagi edisi khas ini, The BM Show dihoskan oleh koresponden Siti Aisyah Nordin dan Irma Kamarudin.



Antara yang baru dan menarik yang diketengahkan ialah segmen memasak Makan Hipster.



Memandangkan bazar Ramadan belum dibenarkan akibat pandemik Covid-19, Berita Harian/Minggu bergabung dengan pasar raya NTUC FairPrice untuk membawa suasana bazar itu ke rumah anda.



Tiga peniaga gerai makanan hipster yang sering anda lihat di bazar Ramadan akan mengongsi resipi mereka dalam satu segmen masakan khas di The BM Show yang dihoskan selebriti Cef Bob.



Antara hidangan yang dikongsi ialah Honey Buih Thai Iced Tea oleh Charkoi, Buffalo Cheesesteak Hotdog oleh Meatmymeat, dan sajian pisang keju istimewa The Original Pisang Keju.



Dalam episod pertama esok, The BM Show menonjolkan tradisi menyiapkan bubur Ramadan.



Hos luar studio, Penolong kepada Editor Hanim Mohd Saleh bertemu bual bersama pengendali Dapur Naes, Encik Muhammad Izzaki Nasir.



Beliau akan menyiapkan 300 bungkus bubur yang akan dihantar ke Masjid Jamiyah Ar-Rabitah setiap hari sepanjang Ramadan



Selain itu, The BM Show akan membawa penonton menyaksikan sedutan sekitar penyalaan lampu Hari Raya di Geylang Serai.



Edisi Ramadan The BM Show akan mula ditayangkan pada 5.30 petang di laman media sosial Berita Harian, termasuk Facebook dan Instagram. Anda juga boleh menyaksikannya di laman web www.beritaharian.sg setiap Ahad dari 11 April hingga 9 Mei.



The BM Show telah bersiaran selama tiga musim sejak tahun lalu.




CARA DAN BILA BOLEH MENONTON THE BM SHOW



The BM Show kembali dengan episod baru sempena Ramadan mulai esok.



Siri video 'Berita Minggu' itu akan memaparkan semangat masyarakat semasa Ramadan walau menghadapi pelbagai cabaran akibat Covid-19 serta persiapan menjelang Syawal.



The BM Show mula ditayangkan pada 5.30 petang di laman media sosial Berita Harian, termasuk Facebook dan Instagram. Anda juga boleh menyaksikannya di laman web www.beritaharian.sg setiap Ahad dari 11 April hingga 9 Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >