Dalam tempoh lima tahun lalu, Home Team telah menyiasat enam kes mengenai diskriminasi kaum yang dilaporkan pegawainya, dan hanya tiga daripadanya didapati berasas.
Enam kes itu merupakan antara 310 kes isu tempat kerja yang dilaporkan dalam kalangan 29,000 pegawai di Home Team, kata Menteri (Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang), Encik K Shanmugam.