Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERUTUSAN HARI RAYA

Berkorban, main peranan demi Hari Raya lebih biasa mendatang

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkfili Masagos Mohamed
May 24, 2020 | 05:30 AM



Muslimin dan muslimat sekalian, Ramadan, bulan penuh barakah bagi umat Islam, baru saja meninggalkan kita.



Bulan yang mulia ini telah memberikan kita peluang untuk meningkatkan kerohanian dengan berpuasa, beribadah, menunaikan zakat, dan beramal jariah.



Diselimuti krisis Covid-19, ternyata Ramadan kali ini sangat mencabar. Kita merindukan peluang untuk bersalaman, berbuka puasa beramai-ramai bersama ahli keluarga, dan memakmurkan masjid dengan bersolat berjemaah, termasuk bagi solat terawih.



Namun, saya gembira kita telah banyak menyesuaikan diri dengan norma-norma baru. Kita faham bahawa kesukaran ini dialami umat Islam di seluruh dunia dan pengorbanan serupa juga dibuat oleh menganut agama lain.



Di sebalik kesukaran ini, semangat kemanusiaan kita terserlah. Sepanjang Ramadan ini, lebih 200 sukarelawan tampil untuk mengedarkan 20,000 juadah berbuka puasa setiap hari kepada golongan susah dan pekerja barisan hadapan serta keluarga mereka, di bawah inisiatif #SGUnited Buka Puasa.



Walaupun masjid ditutup, Muis, masjid-masjid dan badan-badan seperti Pergas, giat memuatnaikkan kandungan agama, untuk mengisi kerohanian masyarakat.



Para karyawan penjagaan kesihatan Melayu/Islam dan asatizah pula berganding bahu untuk membimbing masyarakat dalam menyesuaikan amalan agama kita dengan penuh persefahaman dan keihsanan.



Sebenarnya, ada banyak hikmah dalam ujian yang sedang kita hadapi ini. Saya berharap bahawa nilai-nilai seperti kesabaran, sifat belas kasihan dan daya bingkas yang kita pupuk dan paparkan, akan berterusan selepas bulan Ramadan.



Syawal tahun ini juga berbeza. Seperti anda, saya turut bersedih, kerana tidak dapat saling berkunjung orang-orang tersayang, terutamanya ibu bapa, datuk nenek dan anggota keluarga yang lebih tua daripada kita.



Namun bak kata pepatah, 'bersusah-susah dahulu, bersenang--senang kemudian'. Kita berkorban dan menjalankan tanggungjawab sosial demi keselamatan dan kemaslahatan keluarga yang tercinta dan semua di Singapura.



Bagi warga emas, saya berharap anda akan memahami bahawa kita tidak boleh bersama anda secara fizikal kerana kita benar-benar mahu menjaga keselamatan anda.



Setelah sekatan nasional ke atas lawatan ditarik balik, kita akan melawat anda secara beransur-ansur, supaya pengorbanan kita sejak beberapa bulan yang lalu tidak sia-sia.



Ayuh kita mainkan peranan agar kita dapat menyambut Hari Raya seperti biasa pada tahun-tahun mendatang dengan orang-orang yang kita kasihi.



Bagi pihak Anggota Parlimen yang lain, saya, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada semua,



Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin.




"Syawal tahun ini juga berbeza. Seperti anda, saya turut bersedih, kerana tidak dapat saling berkunjung orang-orang tersayang, terutamanya ibu bapa, datuk nenek dan anggota keluarga yang lebih tua daripada kita. Namun bak kata pepatah, 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'. Kita berkorban dan menjalankan tanggungjawab sosial demi keselamatan dan kemaslahatan keluarga yang tercinta dan semua di Singapura. Bagi warga emas, saya berharap anda akan memahami bahawa kita tidak boleh bersama anda secara fizikal kerana kita benar-benar mahu menjaga keselamatan anda."
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkfili Masagos Mohamed.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >