Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas penjara dekat stesen RTS Link Woodlands akan jadi kawasan perumahan

Apr 11, 2023 | 05:30 AM



BEKAS tapak Penjara Khalsa Crescent, berhampiran stesen Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura yang akan dibina di Woodlands North, akan diubah menjadi estet perumahan pada masa depan.



Jurucakap Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) berkata estet yang akan dibina itu membolehkan penduduk merebut peluang pekerjaan di Pusat Daerah Woodlands - kawasan seluas 100 hektar merangkumi dua presint, iaitu Woodlands Central dan Woodlands North Coast, lapor The Straits Times.



Woodlands Central mengelilingi stesen MRT Woodlands, sementara Woodlands North Coast merangkumi Taman Admiralty, Politeknik Republic dan tapak perusahaan berbilang guna pada masa depan, selain stesen RTS Link.



Pembangunan semula tapak penjara itu, yang dijadual dikembalikan kepada negara pada 2024, sebahagian rancangan yang diumum sebelum ini untuk membina perumahan baru di Pusat Daerah Woodlands dan mengubah kawasan itu di bawah program 'Remaking Our Heartland' HDB. yang diumum sebelum ini.



Sebuah lagi institusi pemulihan, Penjara Admiralty West, yang terletak bertentangan Penjara Khalsa Crescent, telah diratakan beberapa tahun lalu untuk membina perumahan.



Jurucakap URA berkata perumahan itu antara lain akan menyediakan kemudahan seperti taman di tepian pantai serta keterhubungan pengangkutan, selain memberi manfaat kepada mereka yang ingin tinggal berhampiran keluarga mereka di utara Singapura.



Sebelum Penjara Khalsa Cresent diwartakan sebagai penjara kawalan pada pertengahan 1974, sebahagian bangunannya digunakan sejak 1949 sebagai tempat tinggal bagi pekerja warga Asia di Pangkalan Tentera Laut Sembawang.



Tapak penjara itu berada dalam kawasan yang sebahagiannya diperuntuk bagi kegunaan perumahan, sementara sebahagian lagi diperuntuk bagi kegunaan kededua perumahan dan komersial.



Sekitar 400 meter dari stesen MRT Woodlands, sebuah projek perumahan awam dijangka dibina di Woodlands Avenue 3.



Pada 6 April, URA menerbitkan usulan pinda-an ke atas pelan induknya, di mana kawasan seluar 1.17 hektar - sekitar satu setengah padang bola sepak - diubah kegunaannya daripada kawasan disimpan kepada kawasan perumahan dengan nisbah plot kasar 4.2.



Naib presiden penyelidikan dan analitik di OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun, berkata kawasan itu boleh menampung sekitar 500-600 unit flat dua bilik fleksi dan flat lima bilik.



Beliau berkata flat itu boleh menarik orang ramai kerana ia boleh disewakan pada akhir tempoh penginapan minimum (MOP) dan boleh menarik pekerja dari Malaysia kerana ia berdekatan dengan Koswe.



Permintaan kukuh bagi rumah sewa di projek itu juga dijangka bersumber daripada pekerja di kawasan perusahaan berdekatan dan kakitangan serta pelajar Politeknik Republic, kata Cik Sun.



Pengarah eksekutif penyelidikan dan perundingan di Savills Singapore, Encik Alan Cheong, berkata stesen RTS Link yang dijadual beroperasi menjelang akhir 2026 akan menarik kumpulan yang ingin membeli-belah di Johor.



Walaupun beliau menjangka permintaan 'sihat' bagi perumahan di Woodlands pada masa depan, Encik Cheong berkata rancangan membina lebih banyak pejabat dan ruang komersial di sana harus disemak dengan mengambil kira keadaan geopolitik dan ekonomi tidak menentu.



Beliau menyifatkan rantaian bekalan yang terjejas sejak pandemik Covid-19 melanda, ketegangan geopolitik dan kadar faedah bagi pinjaman yang meningkat sebagai antara faktor yang merumitkan ramalan. Beliau mempersoalkan apakah pelaburan besar dalam prasarana komersial di luar kawasan pusat bandar (CBD), di pusat daerah seperti di Woodlands, akan memberi manfaat pada jangka panjang.



Keadaan tidak menentu itu antara sebab tiada pemaju menyatakan komitmen bagi 'tapak putih' di Woodlands Central hingga sekarang, kata Encik Cheong, merujuk kepada tapak yang merangkumi dua kawasan di sebelah stesen MRT Woodlands yang dilepaskan bagi pendaftaran di bawah program senarai rizab Penjualan Tanah Pemerintah bagi separuh pertama 2019.



Pembangunan pada masa depan itu boleh mempunyai kawasan lantai kasar hingga 115,747 meter persegi, termasuk 45,000 meter persegi yang harus diperuntuk bagi kawasan pejabat. Baki ruang itu antara lain boleh digunakan bagi tujuan komersial dan perumahan.



Antara mereka yang akan meraih manfaat jika tapak putih itu dibangunkan ialah bakal penduduk di projek Bina Ikut Tempahan (BTO) UrbanVille@Woodlands, yang sedang dibina dan dijadual siap pada 2026.



Satu laluan pejalan kaki dan berbasikal sepanjang 1.9 kilomer, WoodsVista Galley, akan menghubungkan penduduk ke persisiran Woodlands.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >