BEKAS Pengarah pertama Pusat Reka Bentuk, Encik Sannie Abdul, 78 tahun, meninggal dunia Rabu lalu kerana penyakit lanjut usia.
Atas wawasan Allahyarham, Pusat Reka Bentuk ditubuhkan Lembaga Kemajuan Perdagangan (TDB) pada April 1992 dengan niat menyedarkan masyarakat tempatan akan pentingnya bidang reka bentuk dalam peningkatan kehidupan dan kemajuan di Singapura.