Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas pemandu bas dijel langgar pejalan kaki hingga kaki dipotong

Oct 03, 2023 | 04:32 PM



Seorang bekas pemandu bas SBS Transit dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan pada Selasa selepas bas yang dipandunya pada 2019 melanggar seorang pejalan kaki wanita.

Akibatnya, sebahagian kaki kiri wanita itu terpaksa dipotong, lapor The Straits Times.


Tan Phuay Khoo, 62 tahun, sebelum ini didapati bersalah atas satu pertuduhan menyebabkan cedera parah kepada wanita itu kerana memandu secara tidak bertimbang rasa.

Tan juga tidak dibenarkan memiliki atau mendapatkan semua kelas lesen memandu selama lima tahun dari tarikh dia dibebaskan.

Dia berhasrat merayu terhadap sabitan dan hukumannya, dan ditawarkan ikat jamin $15,000 pada Selasa.

Pada 19 Januari 2019, Tan sedang memandu bas itu dan tiba di simpang Pasir Ris Drive 1 dan Pasir Ris Drive 2 sekitar tengah hari.

Pada masa sama, mangsa sedang menyeberang Pasir Ris Drive 1 dengan lampu trafik berpihak kepadanya.

Tan kemudian belok ke kanan selepas menanti sebuah van berlalu, dan basnya melanggar wanita itu.

Wanita itu dikejarkan ke Hospital Besar Changi (CGH) dengan kecederaan termasuk patah kedua-dua kaki dan dengan lapisan kulit luar dan tisu kaki kirinya tersiat.

Akibatnya, sebahagian kaki kiri wanita itu terpaksa dipotong.

Semasa perbicaraan, wanita itu memberi keterangan bahawa akibat kemalangan itu, beliau tidak dapat melakukan aktiviti harian seperti menaiki tangga tanpa bantuan.

Pada 25 September lalu, Timbalan Pendakwa Raya R. Arvindren memberitahu Hakim Daerah Kok Shu-En bahawa mangsa berusia 30an tahun ketika kemalangan itu, dan hidupnya kini terjejas selama-lama.

Sambil menekankan bahawa wanita itu sedang berjalan dengan langkah biasa sebelum kemalangan itu,  DPP Arvindren berkata: “Tertuduh membawa kenderaan berat dan selekohnya berada dalam zon perumahan.


“Dia terus belok walaupun lampu hijau untuk pejalan kaki berpihak kepada pejalan kaki.”


Dalam perbicaraan itu, Tan berkata dia langsung tidak menyedari kehadiran mangsa sebelum pelanggaran itu.


Pada September, jurucakap SBS Transit memberitahu The Straits Times bahawa Tan telah dipecat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >