Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TINJAUAN IDENTITI ETNIK CNA-IPS

Bahasa Melayu masih dekat di hati

Tinjauan juga dapati orang Melayu sedia fahami dan cuba selami budaya kaum lain
Nov 09, 2017 | 05:30 AM



BAHASA Melayu amat dekat di sanubari masyarakat Melayu, bahkan menganggap kemampuan membaca, menulis dan bertutur bahasa Melayu sebagai agak penting.



Orang Melayu juga berminat menyelami budaya kaum India dan Cina.



Demikian antara dapatan tinjauan Channel NewsAsia (CNA)-Institut Pengajian Dasar (IPS) mengenai Identiti Etnik di Singapura.



Tinjauan tersebut diterajui Dr Mathew Mathews, felo penyelidikan kanan IPS, dan melibatkan 2,020 responden. Ia bertujuan mengkaji apa yang dirasakan rakyat Singapura sebagai penanda utama bagi kumpulan etnik utama di negara ini, prestasi budaya etnik di kalangan rakyat Singapura, perkara yang mereka percaya harus disampaikan kepada anak mereka dan sejauh mana pemahaman dan penglibatan mereka dengan budaya etnik lain.



Ia mendapati kaum Melayu lebih kuat dalam mengekalkan bahasa kedua mereka, mungkin kerana masyarakat yang bercorak homogen.



Ini meskipun terdapat kajian yang mendapati bahasa Inggeris perlahan-lahan menggantikan bahasa Melayu sebagai bahasa di rumah, terutama di kalangan belia Melayu, serupa masyarakat India, kerana menganggap bahasa Inggeris sebagai laluan meningkatkan mobiliti sosial.



Tinjauan itu mendapati lebih 70 peratus peserta mempunyai hubungan emosi yang kuat dengan bahasa Melayu.



Malah, responden Melayu paling menonjol menekankan bahasa sebagai penanda identiti - dengan 95.7 peratus daripada mereka menganggap kemampuan membaca, menulis dan bertutur bahasa Melayu sebagai agak penting.



Mengenai agama, tinjauan itu mendapati bahawa penanda agama lebih penting bagi kaum Melayu dan India berbanding kaum Cina.



Kira-kira 93 peratus orang Melayu berasa dilihat sebagai Muslim agak penting bagi identiti etnik mereka berbanding 70.6 peratus responden India (Hindu) dan 37.4 peratus responden Cina (Buddhisme atau Taoisme).



Dari segi pemakanan, responden Melayu kelihatan sebulat suara dalam persepsi mereka bahawa makan makanan halal merupakan penanda penting identiti etnik mereka.



Kecenderungan serupa didapati dalam soal menghindari daripada menyentuh anjing, mengelak alkohol dan memakai tudung.



Orang muda Melayu juga menunjukkan kecenderungan serupa tetapi berkurang terhadap tiga aspek itu - masing-masing 74 peratus, 84 peratus dan 72 peratus, berbanding orang Melayu yang lebih tua (96 peratus, 96 peratus dan 93 peratus).



Lebih separuh daripada responden semua kaum lebih cenderung mengakui memakan makanan secara tradisional, seperti menggunakan tangan atau chopstick, sekurang-kurangnya agak penting bagi identiti etnik mereka.



Bagi kaum Melayu, 35.8 peratus berasa bahawa makan menggunakan tangan memaparkan identiti etnik.



Ketiga-tiga kaum Cina, Melayu dan India menganggap sambutan perayaan utama, memberi sampul habuan, membaca dan bercakap bahasa komuniti sebagai penanda penting berbanding penanda lain seperti memakai pakaian etnik, menghargai seni dan mengesan susur galur keluarga.



Hampir 92 peratus orang Cina misalnya menganggap sambutan Tahun Baru Cina sekurang-kurangnya agak penting, dan 95.9 peratus orang Melayu beranggapan serupa terhadap Hari Raya Puasa.



Tinjauan itu juga mendapati masyarakat Melayu berminat menyelami budaya kaum India dan Cina.



Orang India dan Melayu yang lebih tua didapati lebih cenderung menyertai perayaan Cina berbanding golongan muda. Contohnya, 64.4 peratus orang Melayu berusia 56-65 tahun dan 74.3 peratus orang India berusia 56-65 tahun kadang-kadang mengambil bahagian dalam perayaan Cina, berbanding 54 peratus orang Melayu berusia 21-25 tahun dan 50 peratus India berusia 21-25 tahun.



"Kemungkinan besar ini disebabkan lebih banyak peluang atau ekoran rangkaian sosial yang lebih besar bagi warga Singapura yang lebih tua, berbanding dengan rakan-rakan mereka yang lebih muda," kata Dr Mathews.



Infografik: TINJAUAN ETNIK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >