Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN

Saran pekerja pembersihan, pegawai keselamatan yang digaji langsung syarikat disertakan dalam PWM

Feb 25, 2021 | 05:30 AM



PEKERJA pembersihan dan pegawai keselamatan yang digajikan secara langsung oleh syarikat juga sewajarnya dimasukkan dalam Model Gaji Progresif (PWM) yang diwajibkan.



Ini disarankan Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Dr Koh Poh Koon, semasa menyertai perbahasan Belanjawan semalam.



Buat masa ini, PWM diwajibkan bagi pekerja tersebut dari sektor sumber luar.



"Saya usulkan agar (pekerja pembersihan dan pegawai keselamatan yang digajikan secara langsung) disertakan dalam PWM wajib, agar mereka yang melakukan pekerjaan yang sama, menikmati perlindungan, kemajuan dan gaji yang sama.



"Ini harus dilaksanakan secepat mungkin kerana rangka kerja dan mekanisme sudahpun tersedia," ujar Dr Koh.



Di samping itu, beliau turut menyarankan agar rakan kongsi tiga pihak melaksanakan gaji setiap jam bagi PWM.



Ini, menurutnya akan memastikan mereka yang bekerja sambilan akan sama-sama menikmati gaji yang adil.



Buat masa ini, gaji PWM berdasarkan gaji bulanan asas.



Dalam pada itu, Dr Koh turut menyarankan agar jurang perbezaan gaji antara mereka yang di tahap gaji persentil ke-20 (P20) dengan pendapatan median atau gaji persentil ke-50 (P50), dikecilkan.



Menurutnya, dengan mengurangkan jurang, stratifikasi sosial dan pendapatan tidak akan begitu menonjol dan mungkin mengakibatkan perpecahan sosial.



Menjelaskan, Dr Koh berkata hari ini, gaji mereka yang di persentil ke-20 hanya sekitar separuh daripada mereka yang menerima gaji median, atau sekitar 0.54.



Tetapi jika dilihat pada 75 peratus daripada negara-negara Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), nisbah P20/P50 ialah 0.67 atau lebih baik.



Ini bermakna gaji P20 adalah sekurang-kurangnya dua pertiga gaji pendapatan median negara-negara tersebut.



"Saya akur akan struktur ekonomi sosial yang berbeza di pelbagai negara OECD berlainan yang mungkin mengakibatkan perbezaan ini.



"Namun apa jua sebabnya, NTUC berharap dapat melihat kenaikan gaji lebih luas bagi pekerja bergaji rendah sepanjang lima hingga 10 tahun akan datang agar secara kumulatif, para pekerja bergaji rendah kita boleh merapatkan jurang dengan gaji median dalam sektor ini.



"Saya berharap Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Kumpulan Kerja Rakan Kongsi Tiga Pihak akan mengkaji kemungkinan ini dan berusaha memperkenal mekanisme melaksanakannya," ujarnya lagi.



Selain itu, Dr Koh turut menggesa pemerintah agar menawarkan sokongan peralihan kepada syarikat terutama syarikat kecil dan sederhana yang komited dalam membayar gaji PWM agar membenarkan pekerja meraih manfaat daripada PWM dengan lebih cepat.



Dan ini, menurutnya dapat dilaksanakan, dengan menggunakan semula Skim Kredit Pendapatan (WCS) sebagai sokongan peralihan bagi pelaksanaan PWM terutama bagisyarikat dalam sektor baru dalam melaksanakan PWM yang wajib.



Bagaimanapun, dalam menantikan pelaksanaan PWM, Dr Koh melahirkan harapan agar Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) dapat diluaskan dan dipertingkat untuk menawarkan bantuan serta-merta.



"Saya berharap pemerintah akan menimbangkan untuk meniadakan perbezaan bayaran mengikut kumpulan usia dan berdasarkan kelayakan WIS, sepenuhnya atas dasar pendapatan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >