PARLIMEN telah melaksanakan langkah jarak selamat bagi semua Anggota Parlimen (AP) yang bersidang mulai semalam, dengan setiap AP duduk berjauhan antara satu sama lain di dalam Dewan dan juga galeri di tingkat lain, kata Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin.
Ini dilakukan dalam usaha mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19.