GURU kanan Matematik yang biasa mengajar pelajar daripada aliran Normal (Teknikal) (NT), Cik Halimah Jumaha, tahu anak muridnya sukakan kegiatan yang bersifat hands-on atau amali.
Oleh itu, pada 2010, guru Sekolah Menengah Bedok South itu mula membawa anak muridnya ke gedung perabot dan keperluan rumah, Ikea, serta pasar raya Giant bagi belajar matematik.