Topik diikuti
Pergi ke BHkuAmrin: Pindaan akta penting dalam usaha S'pura perangi dadah
Jan 16, 2019 | 5:30 AM
Amrin: Pindaan akta penting dalam usaha S'pura perangi dadah
PINDAAN kepada Akta Penyalahgunaan Dadah adalah penting bagi mempertingkat usaha Singapura menentang dadah, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan) Encik Amrin Amin.
Bercakap di Parlimen tentang pindaan ini semalam, Encik Amrin berkata tindakan 'keras dan sesuai' perlu diambil bagi menangani masalah penyalahgunaan dadah kerana ia membinasakan keluarga.