SEDANG murid darjah enam lain bersuka ria selepas Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) September lalu, Aisyah Nurul Izza dan rakan-rakannya di Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah kembali menelaah pelajaran ukhrawi yang mereka ketepikan buat sementara.
Ini kerana sebulan selepas PSLE, mereka perlu menduduki Peperiksaan Penyaluran Pengajian Islam (ISPE) merangkumi lima mata pelajaran iaitu Bahasa Arab; Bacaan dan Pengajian Quran; Sirah dan Hadis; Akidah, Fiqah dan Akhlak; serta Pengajian Sosial Islam.