SEKITAR 800,000 keluarga warga Singapura yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima sekitar $80 juta dalam bentuk rebat bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC) tahun ini.
Rebat itu bertujuan membantu mereka menangani peningkatan kos sara hidup. Setiap keluarga akan menerima rebat satu hingga tiga bulan, bergantung pada saiz flat mereka.