Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

435 syarikat didenda kerana gagal patuhi langkah keselamatan di tempat kerja

Oct 03, 2023 | 07:07 PM



Hukuman denda dan arahan berhenti kerja kerana gagal mematuhi langkah keselamatan di tempat kerja, ialah antara hukuman yang dikenakan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) ke atas 435 syarikat.

MOM menjalankan operasi penguatkuasaan selama dua bulan yang tertumpu kepada bahaya seperti tergelincir, tersandung dan terjatuh (STF) di tempat kerja dari 26 Jun hingga 25 Ogos.

Operasi itu melibatkan lebih 700 pemeriksaan di seluruh sektor pembinaan, perkilangan, pengangkutan dan penyimpanan, perdagangan borong dan runcit serta perkhidmatan.

Menurut satu pos Facebook MOM pada Selasa, 1,491 tindakan penguatkuasaan telah diambil, termasuk tiga arahan hentikan kerja dan 89 denda berjumlah $186,050.

Kesalahan keselamatan yang sering dilakukan adalah amalan pengemasan yang kurang baik, keadaan lantai yang tidak diselenggara dengan baik, pekerja memakai kasut yang tidak sesuai dan gagal menangani STF dalam penilaian risiko.

“STF boleh berlaku di mana-mana dan mengakibatkan kecederaan serius,” kata kementerian itu.

Pekerja digalak melaporkan keadaan tempat kerja yang tidak selamat kerana mereka berada di kedudukan terbaik untuk mengesan bahaya dan kesilapan keselamatan. Syarikat juga digesa memastikan langkah keselamatan dilaksanakan dengan betul.

MOM berkata:

“Sejak 2014, tergelincir, tersandung dan terjatuh menjadi punca utama kecederaan serius di tempat kerja dan kejadian sebegini semakin meningkat.

“MOM akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat yang didapati menghadapi masalah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang serius.”

Dalam Laporan Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) bagi Januari hingga Jun 2023 baru-baru ini, MOM mendedahkan bahawa kadar kematian tahunan bagi setiap 100,000 pekerja turun separuh kepada 0.8 pada separuh pertama 2023, berbanding 1.6 bagi tempoh yang sama pada 2022.

Bagi sektor pembinaan, secara keseluruhan terdapat 87 kematian dan kecederaan serius.

Terdapat 38 kematian dan kecederaan serius berkaitan kerja logam, manakala dalam sektor perkilangan pula, angka keseluruhannya adalah 88.

Menurut Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, walaupun jumlah keseluruhan kematian berkurang, jumlah kecederaan serius yang berlaku dalam sektor perkilangan meningkat antara Januari dengan Jun 2023, berbanding tempoh enam bulan yang sama pada 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >