Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

32 Anugerah One Asia iktiraf pencapaian SME

Nov 26, 2015 | 06:21 PM



SEJUMLAH 32 anugerah yang mengiktiraf pencapaian korporat syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) setempat mahupun serantau telah disampaikan dalam satu majlis penganugerahan malam semalam.


Majlis Anugerah One Asia 2015, yang sebelum ini dikenali sebagai Anugerah SME One Asia, telah diadakan di Marina Bay Sands.


Daripada 32 anugerah itu, enam merupakan Anugerah Khas yang mengiktiraf syarikat-syarikat yang mengamalkan falsafah perniagaan yang kukuh sehingga berjaya menaikkan taraf perniagaan mereka ke peringkat lebih tinggi.


Tahun ini merupakan tahun kelima Anugerah One Asia diadakan. Anjuran APF Group, ia telah menarik pencalonan daripada beberapa negara di rantau ini, sekaligus memberikan ia platform kepada perniagaan setempat untuk bersaing dengan syarikat-syarikat serantau.


APF Group merupakan sebuah agensi pengiktirafan jenama dan pengurusan program.


Syarikat berbilang negara (MNC) HIK Vision telah memenangi anugerah utama pada malam tersebut dengan menerima Anugerah INC Gold - sebuah anugerah yang mengiktiraf syarikat yang memiliki produk-produk bermutu tinggi yang melebihi keperluan dan jangkaan pelanggan.


Syarikat Jepun, Premium Water, pula memenangi Anugerah INC STAR, yang merupakan salah satu daripada enam Anugerah Khas yang diberikan itu.


Anugerah INC STAR itu mengiktiraf syarikat yang telah mengambil langkah luar biasa untuk mewujudkan pengalaman menarik bagi para pelanggannya.


Antara pemenang lain termasuk ShenZhen Carku Techonology Co Ltd dari China; Corporate Excelsior (M) Sdn Bhd dari Malaysia; Eighteen Chefs dari Singapura; dan syarikat tersenarai ISOTeam Ltd.


Pengarah eksekutif APF Group, Encik Glenn Lim, berkata anugerah-anugerah tersebut diharap dapat "membuka luas peluang perniagaan dan syarikat-syarikat dapat belajar daripada kejayaan satu sama lain, serta menimba wawasan bagaimana kelestarian boleh memainkan peranan dalam kejayaan sesebuah syarikat."


Oleh itu, para penerima anugerah bukan sahaja menerima pengiktirafan tetapi juga belajar tentang kejayaan syarikat lain selain menjalin hubungan niaga antara satu sama lain, kata Encik Lim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >