SEBANYAK 12 kenderaan terlibat dalam satu kemalangan di Ekspreswe Kranji (KJE) berhampiran susur keluar Woodlands Road (gambar).
Seorang saksi memberitahu akhbar berbahasa Cina Shin Min bahawa sebuah lori yang sedang bergerak dengan laju tiba-tiba melanggar pembahagi jalan dan sebatang pokok dalam kejadian lewat petang kelmarin.