MELIHAT dompet yang hampir kosong, 'Encik Atrez' memutuskan untuk mengeluarkan wang dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
Namun, ia memberinya kejutan besar - hampir seluruh wangnya dalam Akaun Simpanan di sebuah bank tempatan di sini telah lesap, dipercayai akibat penggodaman oleh sindiket asing ke atas akaun banknya.