Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

5 panduan buat pendaki amatur Gunung Everest

Jun 12, 2023 | 01:54 PM



Mengimbau kembali perjalanannya untuk mencapai puncak Gunung Everest, Cik Nur Yusrina Ya’akob berkata beliau amat bersyukur telah membuat persediaan yang secukupnya sebelum mendaki gunung tertinggi dunia itu.

Beliau yang baru sahaja menimang cahaya mata 3 bulan yang lalu berkata pendakian itu tidak mungkin dapat tercapai tanpa sokongan yang telah diberi oleh sherpa dan rakan-rakan di sepanjang pendakiannya.

Bagi pendaki-pendaki amatur, beliau berkongsi beberapa nasihat agar mereka dapat mencapai puncak Gunung Everest dan pulang dengan selamat.

“Yang pertama, pendaki harus berlatih bersungguh-sungguh secara fizikal dan mental supaya tidak menyesal apabila berada di gunung. Kedua, dapatkan pengalaman sebanyak mungkin dahulu sebelum mencuba mana-mana gunung setinggi 8000m. Pengalaman dapat membantu mengatasi cabaran,” kata Cik Yusrina.

Dalam pengalamannya, pendaki bukan sahaja harus melatih diri untuk mengatasi senario-senario fizikal, malah mereka juga harus membuat persiapan mental untuk mengharungi sebarang kejadian yang tidak menentu.

Justeru, amat penting bagi pendaki amatur untuk menyelidik sebanyak mungkin dan bertanya dengan pendaki yang berpengalaman.

Menurut Cik Yusrina, pendaki amatur harus “bercakap dengan pendaki yang berpengalaman, baca dan tonton video pendakian untuk mempersiapkan diri”.

“Mereka harus belajar tentang laluan dan bahaya objektif yang boleh timbul pada setiap peringkat ekspedisi,” tambahnya.

Selain itu, beliau juga menasihati pendaki agar bersikap rendah hati ketika di sana.

“Walaupun anda telah membayar banyak wang untuk mencapai impian anda, anda tetap memerlukan kakitangan yang bekerja seperti sherpa dan penduduk tempatan untuk membawa anda naik dan turun dengan selamat. Pada masa yang sama, kita juga harus ketahui had diri sendiri dan bila untuk berpatah balik. Untuk mencapai puncak adalah suatu pilihan, tetapi pulang dengan selamat adalah satu kemestian,” kata Cik Yusrina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >