Usaha pemerintah untuk membangunkan semula kawasan-kawasan yang kaya dengan flora dan fauna secara tidak langsung telah menarik masyarakat untuk lebih menghargai alam sekitar. Kian ramai yang kini memberi tumpuan meneroka pelbagai pelosok taman-taman kehijauan di seluruh pulau. Kumpulan-kumpulan pendaki atau 'hikers', sama ada kumpulan sosial, sahabat atau anggota keluarga, saban minggu, dengan berpakaian sukan atau kembara, dilihat meredah kawasan hutan Singapura dan meneroka tempat-tempat peninggalan sejarah yang tersembunyi di celah-celah timbunan pokok dan bukit bukau. BERITA MINGGU, yang telah menyiarkan siri destinasi alam semula jadi Singapura sejak enam minggu lalu, kali ini mengetengahkan misi kumpulan pendaki wanita, GEMS Singapore, yang berusaha menawan 14 puncak gunung dan bukit di Singapura dalam 14 jam demi mengumpul dana untuk 14 badan sebagai acara penutup tirai 2021.
BUKIT 'kan kudaki, lautan kuseberangi dan setiap jejak diiringi niat untuk berbakti.