HAMPIR seminggu Syawal bertandang. Ramai yang masih berkunjung-kunjungan.
Amalan menziarahi satu sama lain memang digalakkan kerana ia mampu memperkukuh hubungan. Apatah lagi sebelum meninggalkan kediaman tuan rumah, kedua-dua pihak biasanya saling menghulur tangan memohon kemaafan di atas segala ketelanjuran.