LONDON: Tidak seperti konflik sebelum ini apabila kumpulan pelampau yang mengangkat senjata atas alasan berjihad menggunakan laman web statik berbentuk forum, kumpulan-kumpulan serupa hari ini lebih cenderung menggunakan laman media sosial seperti Facebook, Twitter, Ask.fm, Kik dan banyak lagi.
Ini menjadikan kegiatan kumpulan pelampau di alam maya sukar ditangani pemerintah-pemerintah dunia kerana lumrahnya wadah media sosial tidak mudah diarah tutup mahupun dikenakan tindakan.