SAYA merujuk kepada laporan berita mengenai dua warga Singapura yang menjadi mangsa rompakan bersenjata di sebuah stesen minyak di Johor Bahru baru-baru ini.
Berdasarkan laporan akhbar, media sosial serta pengalaman peribadi saudara-mara dan teman, kejadian sedemikian memang telah banyak kali berlaku di negara jiran, khususnya di Johor Bahru yang melibatkan mangsa warga Singapura sejak beberapa tahun kebelakangan ini.