DENVER (Amerika Syarikat): Bekas bintang Manchester United, Ryan Giggs, percaya kelab Old Trafford itu telah menemui pengganti yang mempunyai ciri-ciri mirip Alex Ferguson - pengurus paling berjaya dalam sejarah bola sepak England - dalam Louis van Gaal.
Giggs, yang pernah bermain di bawah bimbingan Ferguson dan mengecap kejayaan selama dua dekad bersama United, percaya Van Gaal memiliki aura dan keyakinan yang sama dengan bekas pengurus kelab itu.