MADRID: Penyerang Uruguay, Luis Suarez, menyarung jersi kelab barunya, Barcelona, buat kali pertama kelmarin - dimasukkan sebagai pemain gantian semasa kemenangan 6-0 ke atas kelab Mexico, Club Leon, dalam satu perlawanan persahabatan pramusim.
Penggantungan empat bulan yang dikenakan ke atasnya - kerana kesalahan menggigit bahu pemain pertahanan Italy, Giorgio Chiellini, pada Piala Dunia lalu - dikekalkan selepas bekas bintang Liverpool itu mengemukakan rayuannya di Mahkamah Timbang Tara bagi Sukan baru-baru ini. Namun, pemain itu diizin mengikuti latihan dan beraksi dalam perlawanan persahabatan.