SINGAPURA menjulang mahkota Kejohanan Bola Jaring Asia selepas mencatatkan kemenangan 59-41 ke atas Sri Lanka dalam final yang berlangsung di Arena OCBC di Hab Sukan Singapura semalam.
Beraksi di hadapan tetamu terhormat, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Lawrence Wong, srikandi Singapura tidak mengecewakan apabila mempamerkan prestasi cemerlang untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi dua tahun lalu - juga menewaskan musuh yang sama tetapi di kejohanan yang berlangsung di Colombo, Sri Lanka.