PARIS: Walau gagal bersinar di Piala Dunia Jun lalu, sumbangan Cristiano Ronaldo kepada Real Madrid, terutama dalam Liga Juara-Juara Eropah memadai untuk memberikannya anugerah Pemain Terbaik Eropah.
Kapten Portugal berusia 29 tahun itu menjaringkan 17 gol dalam Liga Juara-Juara musim lalu - satu rekod - untuk membantu Real memenangi kejuaraannya yang ke-10.