MADRID: Kapten Real Madrid, Iker Casillas, mengecam persembahan rakan-rakannya apabila pasukan bintang-bintang La Liga itu mensesiakan kelebihan dua gol sebelum tewas mengejut 2-4 di tangan Real Sociedad kelmarin.
"Apa yang berlaku adalah satu kejadian aneh, terutama selepas 15 minit pertama perlawanan. Selepas itu, semuanya negatif. Kami bermain dengan amat buruk di semua bahagian.