SOALAN: Apa pandangan FAS berhubung beberapa dakwaan akhbar The New Paper (TNP), seperti FAS masih belum menetapkan jurulatih bagi Sukan Asia dan Sukan SEA dan bahawa "ia kelihatan dijalankan secara tidak profesional"?
Jawapan: Kami ingin menarik perhatian bahawa TNP sendiri melaporkan pada April bahawa Aide akan menjadi jurulatih Sukan SEA (Aide to be SEA Games coach, 2 April 2014). Mereka menemu ramah (Ketua Jurulatih Pasukan Nasional), Bernd Stange, yang mengesahkan bahawa Aide akan menjadi jurulatih Sukan SEA. Tidak terdapat sebarang perubahan sejak itu.