PASUKAN Piala Dunia Brazil tidak sabar-sabar beraksi di Stadium Negara baru di Hab Sukan Singapura untuk berdepan Jepun pada 14 Oktober ini.
Pengurus baru Brazil, Dunga, yang akan membawa skuad bintang- bintangnya, berkata beliau dan pemainnya berasa ghairah menentang Jepun dalam perlawanan kelas dunia kedua di Stadium Negara itu selepas Juventus menentang pasukan Pilihan Singapura pada 16 Ogos lalu.