REMAJA Singapura kini mempunyai satu wadah baru untuk terus berbakti kepada masyarakat selepas meninggalkan sekolah menengah.
Mereka melakukan ini di bawah Program Latihan Intern Belia Negara (NYIP) yang dilancarkan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Lawrence Wong, semalam.