PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semalam memuatnaikkan satu kiriman video di laman Facebooknya, mengucapkan terima kasih atas sokongan semua pengguna yang mengikutinya di media sosial.
Dalam video yang dirakam sepanjang tiga minit setengah itu, Encik Lee berkata beliau sudah dua tahun menyertai Facebook dan Twitter, dan sekitar setahun menggunakan Instagram.