Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PASAR GEYLANG SERAI GENAP 50 TAHUN

S’pura rai ulang tahun ke-50 tahun depan, Pasar Geylang Serai pula tahun ini...

Apr 25, 2014 | 06:00 AM



PADA 17 April 1964, Pasar Geylang Serai dirasmikan Encik Lee Kuan Yew, perdana menteri Singapura ketika itu.


Tahun ini, pasar itu genap 50 tahun dan akan diraikan dalam satu majlis perasmian pada hari ini dengan tetamu terhormatnya Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.


Memberitahu Berita Harian, Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Pasar Geylang Serai, Encik Oli Abdul Latiff, berkata sambutan ulang tahun ke-50 Pasar Geylang Serai itu penting kerana ramai mungkin kurang sedar atau tidak tahu akan perkara tersebut.


''Kami mahu warga Singapura tahu bahawa Pasar Geylang Serai sudah lama wujud dan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara ini, khususnya bagi orang Melayu Singapura.


''Namun, walaupun ia penting dan menjadi ikon orang Melayu, pasar ini juga sebenarnya menarik banyak orang bukan Melayu yang selain menjadi peniaga, juga melanggan di tempat ini sehingga menyebabkan perniagaan di pasar ini terus makmur,'' jelasnya.


Setiausaha persatuan itu, Encik Anwardeen Sulaiman, menambah memang sudah diketahui ramai Pasar Geylang Serai dekat di hati masyarakat Melayu.


''Ramai orang Melayu yang selesa dengan pilihan barangan dan makanan yang banyak di pasar ini dan walaupun tinggal jauh dari Geylang, masih datang ke sini secara kerap.


''Justeru, kami mahu mereka terus selesa dengan pasar ini walaupun pasar ini melepasi usia 50 tahun,'' ujarnya.


Menurut pengamatan Encik Anwardeen, bilangan pelanggan yang datang ke Pasar Geylang Serai juga semakin bertambah.


Ini termasuk warga muda yang selalu datang menemani orang tua mereka semasa membeli- belah di situ.


''Satu perkara yang menggembirakan ramai pelanggan di sini adalah kemudahan yang disediakan bagi warga emas dan golongan kurang upaya.


''Ini termasuk lif dan tangga bergerak yang benar-benar membantu warga emas berulang- alik antara tingkat satu dengan tingkat dua pasar ini,'' katanya.


Sempena ulang tahun pasar tersebut yang ke-50, pelbagai acara menarik selama 10 hari bakal diadakan termasuk persembahan artis tempatan dan luar negara serta beberapa peraduan menyanyi.


Majlis sambutan itu bakal diakhiri dengan majlis Maulud Nabi yang diadakan pada 4 Mei di tanah lapang bertentangan pasar dengan sajian nasi beriani dam disediakan.




''Kami mahu warga Singapura tahu bahawa Pasar Geylang Serai sudah lama wujud dan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara ini, khususnya bagi orang Melayu Singapura.''


- Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Pasar Geylang Serai, Encik Oli Abdul Latiff.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >