MEMANG agak lama pelawak tempatan tidak berkumpul untuk sebuah penerbitan televisyen seperti dalam rancangan-rancangan drama atau hiburan.
Beberapa tahun lalu nama-nama seperti Husin Saaban, Alias Kadir, Mahadi Shor, Sahfudin Mahfudz, Zainal Ihim, Hamzah Adon, Arif Isa dan Zaliha Hamid merupakan wajah tetap dalam rancangan seperti Teater Komedi, hiburan The Unsangkerable atau rancangan khas hari raya. Kini kalau ada segmen komedi dalam rancangan hiburan atau drama pun, hanya seorang dua pelawak diundang dan mereka digandingkan dengan artis-artis popular atau deejay radio untuk berlawak.