ISTERI penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan dekat Nilai di Negeri Sembilan awal pagi Selasa lalu kini dirawat di Hospital Khoo Teck Puat (KTPH).
Menurut anak sulungnya, Encik Mohammad Noriskandar Esa, 30 tahun, ibunya, Cik Nurhayati Ashar, dalam keadaan kritikal, namun tanda-tanda genting menunjukkan keadaannya stabil.