EJEN pelancongan tempatan membuat persiapan pakej haji tahun ini berdasarkan kuota rasmi yang diberi Arab Saudi kepada Singapura, iaitu 680 orang.
Ini kerana sehingga kini belum ada berita permintaan Singapura agar kuota itu ditambah kepada 800 orang diluluskan kerajaan Arab Saudi, menurut presiden Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas), Ustaz Tengku Mohd Fouzy Tengku Mahid Jumat.