Topic followed successfully
Go to BHkuCiri Melayu Sungai Geylang dipuji
Premium
Ciri Melayu Sungai Geylang dipuji
Berkonsepkan kampung air Melayu dengan warisan dan budaya Melayu sepadan dengan seni bina di Geylang Serai
Jan 6, 2014 | 6:00 AM
Ciri Melayu Sungai Geylang dipuji
SATU KEBANGGAN: Dr Fatimah (baju putih) mengambil peluang menjelaskan tentang ciri estetika Melayu di Sungai Geylang kepada para penduduk semasa majlis pembukaan sungai tersebut semalam. - Foto M.O.SALLEH -
SUNGAI Geylang, yang dibuka secara rasmi semalam dan kini memaparkan rekaan berkonsepkan kampung air Melayu, harus menjadi kebanggaan masyarakat.
Usaha oleh Agensi Air Negara (PUB) menerapkan ciri-ciri Melayu bagi rekaan kemudahan baru di tepian sungai tersebut dibawah Program Air ABC (Aktif, Indah dan Bersih) yang melalui kerja peningkatan selama hampir tiga tahun harus dipuji.

