HARI ini, rangkaian restoran makanan segera Burger King melancarkan semula hidangan popular, BK Rendang Burger, selepas mengeluarkannya daripada menu pada 2011.
Burger rendang itu tercipta pada 1987 untuk memenuhi cita rasa pelanggan di sini. Siapa sangka, perisa unik burger tersebut berjaya memikat ramai penggemar makanan Barat itu.