PENGAJIAN Encik Syamil Dasuki Osman di Maktab Rendah Kebangsaan (NJC) terkandas separuh jalan beberapa tahun lalu, selepas setahun beliau menuntut di situ.
Di saat itu, beliau merasakan mengambil peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'A' bukanlah haluannya. Sebaliknya, hatinya terpanggil mengikuti kursus Diploma Seni Halus di Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) selepas tamat Perkhidmatan Negara (NS).