PENAMAAN masjid di Woodlands sebagai Masjid Yusof Ishak telah diterima baik ramai anggota masyarakat Melayu/Islam, dengan pos-pos mengenainya di laman Fanpage Berita Harian (BH) mendapat ratusan tanda jempol dari para pembaca Internet.
Bahkan, komen-komen yang mengalu-alukan langkah penamaan masjid itu membanjiri laman tersebut, dengan beberapa pembaca juga teruja melihat keindahan reka bentuk masjid tersebut berdasarkan apa yang mereka lihat menerusi ilustrasi artis yang dimuat naik akhbar ini.