ARTIS tempatan akan menjayakan konsert amal pada Ahad ini untuk mengutip dana bagi mangsa peperangan di Gaza.
Konsert yang berlangsung di tanah lapang hadapan Blok 142 Bedok Reservoir Road dari 3 petang hingga 10 malam itu tidak mengenakan sebarang bayaran masuk.