SETELAH puas menjelajah lautan dunia lebih 30 tahun, Kapten Zein Ismail memutuskan sudah tiba masanya beliau "membina sesuatu yang berkekalan" dengan memanfaatkan pengalaman dan kepakarannya dalam industri marin.
Dengan wang simpanan sekitar $100,000, Kapten Zein, 52 tahun, menjual flatnya dan sekeluarga berpindah ke Dubai bagi memulakan perniagaan di negara itu pada 2010.