PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan pasangan kontroversial, Alvin Tan Jee Yee dan Vivian Lee May Ling, untuk membatalkan satu tuduhan yang mereka hadapi iaitu memuat naik kandungan menghina agama Islam dalam Facebook tahun lalu.
Dalam pertuduhan itu mereka didakwa menerbitkan bahan menghasut dalam Facebook berupa satu kandungan gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan) Bak Kut Teh, Enak, Wangi dan Menyelerakan' yang mengandungi logo halal.