JAKARTA: ENCIK Prabowo Subianto, bekas Jeneral yang enggan mengaku kalah dalam pilihan raya Presiden Indonesia, menghadapi tarikh akhir lewat malam semalam untuk mencabar keputusan rasmi bagi menunjukkan bahawa beliau kehilangan lebih daripada lapan juta undi.
Ketika akhbar ini dicetak, pasukan Encik Prabowo masih belum memfailkan saman kepada Mahkamah Perlembagaan pada saat-saat akhir lewat malam tadi.