MALAYSIA Airlines (MAS) sedang mempertimbangkan langkah pengurangan tenaga kerja, menyemak tempahan pesawat dan menggantikan ketua pegawai eksekutifnya (CEO) selepas kesan negatif dua tragedi melibatkan pesawatnya tahun ini.
Bloomberg, yang memetik pihak yang mengetahui rancangan tersebut, melaporkan bahawa syarikat induk MAS, Khazanah Nasional Bhd, membincangkan cadangan itu.