KUALA LUMPUR: Isyarat telefon bimbit milik pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, Encik Fariq Abdul Hamid, dilaporkan dikesan menara telekomunikasi atau cell tower di 'Pulau Pinang', sejurus sebelum pesawat itu hilang daripada radar pada hari kejadian.
Perkara itu dimaklumkan seorang pegawai Amerika Syarikat yang terbabit dalam siasatan kepada saluran berita CNN pada Isnin lalu.