KUALA LUMPUR: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, semalam menafikan laporan muka depan New Straits Times (NST) yang mendakwa pembantu juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 membuat panggilan telefon ketika pesawat itu terbang rendah berhampiran Pulau Pinang.
Beliau berkata jika dakwaan akhbar itu benar, beliau sepatutnya mengetahui perkara itu daripada awal lagi.