KUALA LUMPUR: Walaupun sedang bersedih dengan kehilangan bapanya, Encik Andrew Nari, iaitu ketua pramugara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, hadiah istimewa sehelai jersi Liverpool yang ditandatangani semua pemain termasuk pengurus pasukan bola sepak itu menceriakan sedikit hati Maira Elizabeth Nari.
Maira, 17 tahun, melalui akaun Twitter miliknya, @elizxbeth berkata jersi bernombor 1 dan terpapar nama Andrew Nari itu adalah hadiah yang sangat bermakna bagi dirinya dan bapanya.